1.5 juta jemaah penuhi Makkah

1.5 juta jemaah penuhi Makkah

MAKKAH, Arab Saudi, 9 Sept – Hampir 1.5 juta umat Islam dari seluruh pelusuk dunia semalam memulakan perjalanan ke Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, tanpa dihalang oleh bencana rempuhan tahun lalu dan tiada kehadiran rakyat Iran.

Ketika suhu melebihi 40 darjah celsius, para jemaah haji memenuhi Makkah, kompleks Masjid Utama berhawa dingin untuk berjalan mengelilingi Kaabah.

Dalam salah satu upacara pertama ibadah haji, yang bermula esok, jemaah haji yang berpakaian serba putih bergilir-gilir mengelilingi Kaabah secara berterusan 24 jam.

Jemaah haji yang tidak mampu berjalan akan disorong di sekitar masjid dengan menggunakan kerusi roda oleh para pekerja. Paip-paip air zam-zam tersedia dalam jarak tetap untuk jemaah yang dahaga.

Apabila alat pembesar suara melaungkan azan, kedai-kedai ditutup dan para jemaah berbaris untuk menunaikan solat.

Jemaah haji mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi, Rabu lalu. – AP
Jemaah haji mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi, Rabu lalu. – AP

Di bahagian luar, kesemua laluan masuk Masjid Utama telah dikawal oleh polis Arab Saudi bagi mengawal pergerakan para jemaah antara penghadang plastik berwarna hijau.

Pada waktu solat, kemasukan ke Kaabah akan dihentikan sementara dan mengelilinginya juga dihentikan bagi mengelak kesesakan.

Itu adalah salah satu dari beberapa langkah keselamatan yang menurut pihak berkuasa laksanakan pada masa ini. Menurut data dari pegawai asing, hampir 2,300 orang jemaah terbunuh ketika para jemaah melaksanakan ibadah melontar pada tahun lalu. Iran telah menghantar 60,000 orang jemaah tahun lalu dan mendakwa bilangan kematian terbesar akibat kejadian rempuhan berjumlah 464 orang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA