1 juta tidak sekolah

1 juta tidak sekolah

LAGOS, 22 Dis (AFP) – Pemberontakan Boko Haram telah mengakibatkan lebih sejuta orang kanak-kanak tidak dapat pergi ke sekolah, agensi kanak-kanak PBB melaporkan hari ini, dengan menekankan tentang kebimbangan bahawa ketiadaan pendidikan akan mengakibatkan fahaman radikal seterusnya di dalam dan sekitar Nigeria.

Lebih 2,000 buah sekolah ditutup seluruh Nigeria, Cameroon, Chad dan Niger, sementara beratus-ratus lagi telah diserang, menjadi sasaran perampasan atau dibakar oleh pejuang-pejuang Boko Haram dalam pencariannya untuk mewujudkan sebuah negara Islam merdeka, kata UNICEF.

Presiden Nigeria Muhammadu Buhari telah memberi tempoh kepada para pemerintah tempoh masa sehingga akhir bulan ini untuk menamatkan pemberontakan Boko Haram, tetapi meskipun kemenangan adalah tidak mustahil para penganalisis berkata kerajaannya akan terpaksa bersaing dengan kekacauan sosial yang berpunca dari satu generasi kanak-kanak yang tidak pergi ke sekolah.

“Lebih lama mereka tidak bersekolah, lebih besar risiko dianiaya, diculik dan direkrut oleh kumpulan bersenjata,” kata Manuel Fontaine, pengarah serantau Barat dan Afrika Tengah UNICEF.

Para pejuang Boko Haram menyerang sebuah sekolah di bandar terpencil timur laut Nigeria Chibok pada 4 April 2014, menculik 276 orang budak perempuan yang bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan akhir tahun dalam satu penculikan yang mengejutkan dunia.

Sejak bermulanya untuk melancarkan perang ke atas kerajaan Nigeria dalam tahun 2009, Boko Haram yang namanya bererti ‘Pendidikan Haram adalah ditegah’ – telah menyasarkan sekolah, pelajar-pelajar dan guru-guru.

“Itu memenuhi mandat awalnya, iaitu untuk menggulingkan kerajaan sekular Nigeria dan penyewa Barat yang mengukuhkan struktur kerajaan,” kata Ryan Cummings, penganalisis keselamatan di Red24, sebuah firma perundingan risiko.

Di negeri timur laut, Borno, militan-militan telah memusnahkan infrastruktur bernilai AS$1 bilion, termasuklah hospital, jambatan, jalan raya dan rumah, lapor Gabenor Kashim Shettima dalam bulan September.

Jumlah ‘dana yang diperlukan bagi pemulihan semula, pembinaan semula dan penempatan semula penduduk kami adalah besar,” kata Shettima.