1 mati, 2 cedera di pra-karnival Rio

1 mati, 2 cedera di pra-karnival Rio

RIO DE JANEIRO, 31 Jan – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan dua lagi cedera dalam kejadian tembakan di kawasan tumpuan pelancong di sini semalam ketika sambutan pra-karnival, kata polis tentera. Jalan raya di bandar raya Brazil ini, yang akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada Ogos, dibanjiri orang ramai dalam beberapa hari untuk meraikan karnival terkenal mereka, yang secara rasmi bermula pada 5 Februari.

Insiden tembakan itu berlaku ketika kumpulan muzik ‘Ceu na Terra’ sedang berarak di hadapan kira-kira 8,000 orang di daerah Santa Teresa, tengah bandar raya Rio.

“Tiga orang mengalami kecederaan dan seorang daripada mereka mati,” kata jurucakap polis tentera.

Kerajaan Brazil menjangkakan kehadiran sejuta pelancong tahun ini sempena karnival terkenal di dunia itu.

Ketika temasya Sukan Olimpik hanya beberapa bulan lagi, Rio masih kekal sebagai bandar raya berbahaya, dengan pertempuran di antara geng jenayah dan polis berleluasa serta purata tiga orang mati setiap hari terutama di perumahan miskin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA