1 maut 1 cedera angkara puting beliung

1 maut 1 cedera angkara puting beliung

WASHINGTON, 10 Mei (AFP) – Seorang terbunuh dan seorang lagi cedera parah semalam apabila puting beliung melanda seluruh kawasan Texas, menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Perkhismatan Kaji Cuaca kebangsaan, yang melaporkan kerosakan beberapa buah rumah di daerah Eastland, Texas, turut mengeluarkan kenyataan mengenai hasil pemantauan puting beliung merangkumi sebahagian Arkansas, Colorado, Kansas, Nebraska, Oklahoma dan Texas.

Perkhidmatan itu turut berkata satu kawasan kecil termasuk dalam kategori berisiko bagi landaan puting beliung ialah seperti Arlington, Dallas, Garland, Fort Worth dan Plano di Texas.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Walter Fairbanks memberitahu CNN puting beliung turut menutup laluan sepanjang daerah Eastland, dan Bandar Cisco, di bahagian tengah Texas.

Bahagian tengah Amerika Syarikat dilanda lebih banyak bencana puting beliung berbanding kawasan lain di negara itu, tetapi sistem cuaca yang kerap memusnahkan dilaporkan di semua 50 negeri.