1 maut, 3 cedera tanah runtuh di Indonesia

1 maut, 3 cedera tanah runtuh di Indonesia

JAKARTA, 7 Sept – Seorang maut dan tiga yang lain cedera selepas tanah runtuh yang berlaku di wilayah Jawa Barat di barat Indonesia semalam, kata seorang pegawai agensi bencana.

Bencana itu berlaku di kampung Cibogor Daerah Bogor selepas kawasan itu dilanda hujan lebat, Sutopo Purwo Nugroho, jurucakap agensi pengurusan bencana negara itu memberitahu Xinhua melalui telefon.

Satu daripada tiga yang cedera mengalami kecederaan yang serius, katanya. Kesemua mangsa telah dikejarkan ke hospital berhampiran, kata Sutopo. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA