1 maut, beberapa cedera ribut salji landa Jepun

1 maut, beberapa cedera ribut salji landa Jepun

TOKYO, 20 Jan – Sekurang-kurangnya seorang maut dan beberapa yang lain cedera ketika ribut salji membadai sebahagian besar kawasan di Jepun, lapor media tempatan hari ini.

Seorang maut ditemui terkubur dalam salji di bandar Sapporo, Hokkaido lewat semalam ketika salji melanda beberapa bahagian di pulau itu, lapor akhbar Hokkaido.

Empat orang cedera dalam kemalangan berkaitan cuaca di pulau itu, menurut akhbar tersebut.

Timbunan salji mencecah 50 ke 90 sentimeter di beberapa bahagian pulau itu selama lebih 24 jam kelmarin, lapor penyiar NHK.

Bandar Awara di pantai Laut Jepun, angin kencang telah menterbalikkan bas yang membawa 28 orang, empat daripadanya cedera, menurut media tempatan.

Sistem tekanan rendah juga menurunkan banyak salji di kawasan Jepun, dengan Agensi Meteorologi memberi amaran berlakunya runtuhan, angin kuat dan ombak tinggi.

Kira-kira 7,100 buah rumah putus bekalan elektrik di timur laut Jepun hari ini dan puncanya dipercayai salji tebal dan angin kuat, lapor NHK, memetik Tohoku Electric Power.

Beberapa perkhidmatan kereta api juga telah ditangguhkan perkhidmatannya di timur laut. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA