1 maut dalam kebakaran pangsapuri di Bangkok

1 maut dalam kebakaran pangsapuri di Bangkok

BANGKOK, 5 Feb – Seorang wanita maut dan lima yang lain cedera dalam kebakaran yang memusnahkan bahagian atas sebuah pangsapuri 10 tingkat di sini, hari ini.

Kebakaran 10:20 pagi itu membabitkan pangsapuri di Narathiwat Ratchanakaruin 19 dalam daerah Yannawa yang padat dengan penduduk, kata ketua pengarah Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi, Chatchai Promlert.

“Lima mangsa yang cedera iaitu tiga lelaki dan dua wanita dibawa ke hospital berhampiran,” katanya dalam kenyataan di sini.

Anggota bomba dapat mengawal api daripada merebak kira-kira tiga jam kemudian, katanya.

Punca kebakaran masih disiasat. – Bernama