1 maut tembakan, tikaman di ekspo motosikal

1 maut tembakan, tikaman di ekspo motosikal

LOS ANGELES, 31 Jan -Seorang maut dan sekurang-kurangnya enam mengalami kecederaan dalam kejadian tembakan dan tikaman pada pertunjukan motosikal besar-besaran di barat Colorado, kata pegawai hari ini.

Kejadian awal petang di Denver itu menyebabkan pihak berkuasa mengepung sementara kawasan di sebuah hospital tempatan sejurus mereka yang cedera tiba. “Ketika kekacauan itu, terdengar bunyi tembakan dan sekurang-kurangnya seorang ditikam. “Kami mendapati satu kematian dan beberapa cedera. Buat masa ini, kami tidak menahan sesiapa,” kata jurucakap polis Raquel Lopez.

The Denver Post melaporkan bahawa insiden berpunca daripada ‘pergaduhan membabitkan tembakan/tikaman’ dan disaksikan ramai orang yang dikatakan bermula akibat perbalahan di antara geng motosikal.

Lopez yang tidak dapat mengesahkan jumlah penunggang motosikal yang terbabit berkata, penyiasatan terhadap insiden sedang dilaksanakan. Sementara itu, Pusat Perubatan Kesihatan Denver berkata, paramedik membawa tujuh orang termasuk seorang yang meninggal dunia. – AFP