1 Minggu 1 Juzuk dilancar

1 Minggu 1 Juzuk dilancar

Oleh Hajah Saemah Kepli & Yusrin Junaidi

SERIA, 1 Feb – Sebagai satu usaha untuk mempertingkatkan lagi pembacaan Al-Quran murid-murid sekolah agama, Jabatan Pengajian Islam (JPI) melalui Bahagian Sekolah Ugama telah melancarkan Program Satu Minggu Satu Juzuk Sekolah-Sekolah Ugama Daerah Belait, di sini.

Majlis tersebut diadakan serentak di sekolah-sekolah agama Daerah Belait dengan penumpuan utamanya di Sekolah Ugama Sungai Taring Lumut, hari ini.

Program tersebut disasarkan kepada murid-murid kelas Pra hingga Darjah 6 yang mempunyai potensi pembacaan Al-Quran pada tahap sangat baik dan mampu mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran dalam tempoh yang ditetapkan.

Hampir 500 orang murid dari 20 buah sekolah agama di daerah ini telah menyertai program berkenaan yang antara lain turut bertujuan untuk memantapkan lagi pembacaan Al-Quran murid-murid, selain bagi mendidik mereka supaya menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan harian, serta dapat mengkhatamkan bacaan dan meningkatkan lagi jumlah murid di bawah umur 10 tahun yang Khatam Al-Quran.

Program anjuran JPI ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi pembacaan Al-Quran dalam kalangan para pelajar sekolah agama.
Program anjuran JPI ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi pembacaan Al-Quran dalam kalangan para pelajar sekolah agama.
Program Satu Minggu Satu Juzuk turut diadakan di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Serusop.
Program Satu Minggu Satu Juzuk turut diadakan di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Serusop.
Para pelajar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Serusop yang mengikuti program berkenaan.
Para pelajar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Serusop yang mengikuti program berkenaan.
Hampir 500 pelajar dari 20 buah sekolah agama di Daerah Belait menyertai Majlis Pelancaran Program Satu Minggu Satu Juzuk Sekolah-Sekolah Ugama Daerah Belait.
Hampir 500 pelajar dari 20 buah sekolah agama di Daerah Belait menyertai Majlis Pelancaran Program Satu Minggu Satu Juzuk Sekolah-Sekolah Ugama Daerah Belait.
Dayang Hazalina (kiri) menyerahkan buku catatan bacaan Program Satu Minggu Satu Juzuk kepada salah seorang guru besar sekolah agama di Daerah Belait.
Dayang Hazalina (kiri) menyerahkan buku catatan bacaan Program Satu Minggu Satu Juzuk kepada salah seorang guru besar sekolah agama di Daerah Belait.

Ia juga dihasratkan untuk dapat memantapkan lagi pembacaan Al-Quran murid-murid sekolah agama dan ke arah melahirkan Generasi Celik Al-Quran.

Majlis pelancaran telah dimulakan dengan sembahyang berjemaah Fardu Zohor, diteruskan kemudiannya dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dimulakan oleh Pegawai Pengajian Islam Daerah Belait, Dayang Hazalina binti Dahlan sebelum disusuli dengan bacaan Juzuk 1 beramai-ramai oleh para peserta program.

Kemudian, majlis turut menyaksikan penyerahan buku catatan bacaan Program Satu Minggu Satu Juzuk kepada guru-guru besar sekolah-sekolah agama Daerah Belait yang disempurnakan oleh Dayang Hazalina.

Di Daerah Brunei dan Muara, majlis pelancaran program berkenaan telah diadakan di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Serusop, di mana lebih 100 murid sekolah itu menyertai program berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis pelancaran program bagi sekolah berkenaan yang berlangsung di dewan serba guna sekolah itu ialah Pemangku Pengarah JPI, Hajah Rusita binti Haji Yahya.

ARTIKEL YANG SAMA