1 tumpas dan 1 masih lepas

1 tumpas dan 1 masih lepas

MALONE, New York, 28 Jun (Agensi) – Dengan seorang tahanan yang melarikan diri telah ditembak mati, semalam pihak polis berharap seorang lagi tahanan yang masih diburu di hutan terpencil New York akan segera menjadi lemah kerana kurang tidur, kurang makanan, digigit pijat dan satu lagi malam yang hujan.

Richard Matt, yang pernah berikrar tidak akan ditangkap dalam keadaan dia masih bernyawa, telah ditembak mati ketika bertembung dengan ejen peronda sempadan Jumaat lalu, hampir tiga minggu selepas dia dan David Sweat melarikan diri dari penjara yang dikawal ketat itu.

Lebih 1,200 orang pencari masih bertumpu di hutan tebal seluas 56 kilometer persegi dan belukar tebal sekitar tempat Matt telah dibunuh.

“Sesiapa yang berada di hutan dan melarikan diri daripada undang-undang, kononnya tidak mendapat tidur lapan jam penuh, mereka tidak cukup makan dan mereka terpaksa terus berjalan,” Sherif wilayah Franklin, Kevin Mulverhill berkata tentang Sweat “Dia keletihan, penat dan dia akan membuat kesilapan.”

Keadaan Sweat juga akan lebih rumit lagi kini, tanpa seseorang untuk bergilir-gilir berehat dan akan lebih berwaspada, kata Sherif wilayah Clinton, David Favro. “Dan saya pasti keletihan menguasainya juga, memandangkan lelaki yang sebelum ini bersamanya telah pun ditembak.”

Pihak polis meneruskan pencarian seorang lagi banduan yang melarikan diri. - AFP
Pihak polis meneruskan pencarian seorang lagi banduan yang melarikan diri. – AFP

Usaha memburu dilancarkan Jumaat lalu apabila seorang yang sedang menunda khemah terdengar bunyi kuat dan menyangka tayar telah meletup. Setelah tidak menemui apa-apa, pemandu itu kemudian meneruskan pemanduannya sebelum melihat lagi dan menemui lubang di treler akibat tembakan peluru. Sebuah pasukan taktikal yang telah pergi ke tempat kejadian tembakan, tercium serbuk senapang di dalam kabin dan melihat bukti bahawa seseorang telah melarikan diri.

Satu bunyi, mungkin batuk, telah mendedahkan Matt. Pasukan peronda sempadan mendapati tahanan penjara yang telah melarikan diri itu yang kemudian ditembak selepas gagal mematuhi arahan agar dia mengangkat tangan.