10 anak yatim Kampung Batong terima sumbangan

10 anak yatim Kampung Batong terima sumbangan

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Seramai 10 orang anak yatim dari Kampung Batong, semalam, menerima sumba-ngan derma hasil kutipan penduduk kampung berkenaan yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Batong dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Jefri Bolkiah, Kampung Batong.

Sumbangan telah disam-paikan oleh Ketua Kampung Batong, Haji Saban bin Lamat selaku pengerusi MPK Batong juga selaku pengerusi bersama Jawatankuasa Takmir Masjid Jefri Bolkiah semasa majlis bertahlil dan doa arwah sekampung bertempat di Masjid Jefri Bolkiah.

Menurut Haji Saban, sumbangan adalah bagi kegunaan menampung per-belanjaan keluarga terutama dalam kedatangan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, manakala itu majlis berkenaan pula diadakan bagi memperingati arwah-arwah keluarga penduduk kampung yang telah kembali ke rahmatullah dan memohon doa sentiasa mendapat rahmat daripada Allah Sub-hanahu Wata\ʼala.

Di samping itu, ia juga merupakan aktiviti sosial yang diungkayahkan setiap tahun dalam merapatkan hu-bungan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung dengan aktiviti berkebajikan.

 

ARTIKEL YANG SAMA