10 anak yatim Kg Beribi terima sumbangan

10 anak yatim Kg Beribi terima sumbangan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Beribi, hari ini, telah mengadakan majlis khatam Al-Quran sebagai penutup Tadarus Al-Quran di bulan Ramadan yang diselajurkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan ceramah khas sempena memperingati Nuzul Al-Quran.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis di Masjid Kampung Beribi itu ialah Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah.

Acara telah dimulakan dengan majlis khatam Al-Quran diikuti dengan penyampaian derma kepada 10 orang anak yatim dari Kampung Beribi yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Kemudian diteruskan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh penceramah undangan, Penolong Pengarah Bahagian Kaunseling dan Hal Ehwal Pelajar, Kementerian Pendidikan, Haji Ali Yusri bin Abdul Ghafur

Majlis juga diserikan dengan berbuka puasa beramai-ramai dan solat fardu Maghrib berjemaah.

Dato Paduka Haji Hisham menyampaikan sumbangan derma kepada 10 orang anak-anak yatim Kam-pung Beribi.
Dato Paduka Haji Hisham menyampaikan sumbangan derma kepada 10 orang anak-anak yatim Kam-pung Beribi.

Majlis berkenaan merupakan kegiatan keagamaan yang dijalankan pada setiap tahun bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia selain meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda pada bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Selain itu, ia bermatlamat untuk menyuntik semangat cintakan kitab suci Al-Quran di samping menerapkan budaya membaca Al-Quran dalam kalangan ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid dan penduduk kampung untuk beramal sebagai panduan kehidupan serta mengeratkan hubungan silaturahim.

ARTIKEL YANG SAMA