10 askar India ditimbus runtuhan salji

10 askar India ditimbus runtuhan salji

SRINAGAR, 5 Feb – Tentera India mengakui harapan untuk menemui 10 askarnya yang tertimbus dalam satu runtuhan salji di Siachen Glacier di kawasan terpencil Himalaya adalah amat tipis ketika usaha menyelamat diteruskan.

Askar terbabit sedang bertugas di sebuah pos tentera di kawasan pergunungan dengan ketinggian 5,900 meter itu apabila runtuh salji itu berlaku awal pagi semalam.

Pasukan khas tentera dan tentera udara melakukan pencarian untuk hari kedua di lokasi kejadian berhampiran sempadan Pakistan.

“Dengan berat hati kami menyatakan peluang untuk menemui anggota terselamat kini amat tipis. Pasukan penyelamat mengharungi cuaca buruk dan kesan luar biasa atmosfera untuk mencari dan menyelamat mangsa,” menurut kenyataan Jeneral D S Hooda dari Pusat Arahan Utara Tentera. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA