10 banduan lari

10 banduan lari

BANDAR MEXICO, 13 Julai – Sepuluh orang tahanan telah melarikan diri di Cancun, peranginan pantai Caribbean, Mexico semalam dengan melompat dari tembok penjara, dalam kejadian terbaru lari dari penjara melanda sistem penjara negara yang dibelenggu skandal.

Tahanan-tahanan telah memukul seorang pengawal dan melompat keluar dari tembok, menurut kerajaan negeri Quintana Roo dalam satu kenyataan.

Ia menyatakan saksi-saksi sebagai berkata bahawa kira-kira tiga dari tahanan itu lari dengan menaiki sebuah teksi dan kemudian menukar pakaian mereka.

“Kakitangan dari semua agensi keselamatan di negeri itu telah melancarkan operasi meluas dan serius untuk menangkap para tahanan itu,” kata Gabenor negeri, Roberto Broge.

Polis dan tentera terlibat dalam usaha mencari. Seorang jurucakap wanita keselamatan awam berkata dengan merahsiakan identitinya bahawa kejadian itu berlaku sekitar pukul 9:10 makam dan beberapa orang tahanan dianggap ‘sangat berbahaya’.

Bandar itu adalah destinasi popular bagi para pelancong Amerika tetapi penjara jauh dari daerah hotel. Ia terletak di kawasan perumahan yang padat dengan penduduk dengan satu tembok menghadap sebatang jalan raya yang sibuk.

Kerajaan berkata keselamatan telah diper-tingkatkan sekitar penjara dan juga lebuh raya dan di perhentian teksi dan stesen bas.

Media setempat melaporkan bahawa para pesalah adalah dari dua kumpulan jenayah dadah dan mereka telah mengambil kesempatan daripada kekeliruan ketika pertengkaran di penjara, untuk melarikan diri.

Dua lagi tahanan melarikan diri dari penjara Cancun pada Oktober 2015 ketika pertengkaran yang mengakibatkan empat orang tercedera pada Jun lalu.

Tetapi Cancun terselamat dari keganasan kartel dadah yang membelenggu bahagian-bahagian lain di negara itu. – AFP