10 bulan penjara: mengambil dadah terkawal

10 bulan penjara: mengambil dadah terkawal

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160629_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi 10 bulan dan empat minggu penjara bermula hari ini, ke atas seorang wanita warga tempatan atas lima pertuduhan mengambil dadah terkawal dan memiliki peralatan mengambil dadah, pada 2012.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu ke atas Nurul Jannah binti Jaineh, 27, selepas yakin bahawa tertuduh tidak mampu untuk membayar sebarang denda memandangkan dia tidak bekerja.

Tertuduh mengaku bersalah terhadap semua tuduhan pada April, Jun dan Disember 2012.

Dia diberkas oleh anggota Biro Kawalan Narkotik di kawasan STKRJ Telisai di mana dia memberitahu anggota terbabit bahawa dia memiliki peralatan mengambil dadah di dalam begnya.

Pegawai Pendakwa Narkotik, Normahirah binti Rosli memaklumkan mahkamah bahawa ujian air kencing yang diambil dari tertuduh setelah dianalisa turut didapati mengandungi Methylamphetamine.

ARTIKEL YANG SAMA