10 cedera letupan bom tangan di masjid Kashmir

10 cedera letupan bom tangan di masjid Kashmir

SRINAGAR, India, 13 Ogos – Sebiji bom tangan meletup hari ini di sebuah masjid di Kashmir, mencederakan 10 orang, menurut polis, kejadian pertama seumpamanya dalam 14 tahun di rantau yang menyaksikan kekejaman militan mencatatkan peningkatan baru-baru ini.

Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas letupan di selatan daerah Shopian di rantau Himalaya itu. Polis menyatakan mereka sedang dalam pengawala1\ʼn terhadap kemarahan orang awam berhubung insiden tersebut, tetapi masih menunggu lebih banyak butiran terperinci.

“Orang ramai sedang keluar dari masjid selepas sembahyang subuh ketika letupan itu terjadi,” menurut seorang pegawai polis.

India mengetatkan kawalan keselamatannya di seluruh negara menjelang sambutan hujung minggu ini bagi sambutan Hari Kemerdekaan dari Britain, terutamanya di Kashmir, di mana acara itu selalunya ditandai dengan penutupan dan protes terhadap pemerintahan India.

Pegawai mengatakan terdapat tanda-tanda yang semakin meningkat terhadap anak-anak muda di Kashmir mengamalkan pandangan ekstremis, walaupun keganasan tidak mencapai puncak militan pada 1990-an.

India telah sekian lama menuduh jiran Pakistan mendorong pemisah militan Islam ke dalam sebahagian India di Kashmir bagi memulakan pemberontakan di satu-satunya rantau majoriti umat Islam negara tersebut, yang mana dituntut oleh kedua-dua negara.

Penduduk Islam Pakistan mengatakan mereka hanya memberikan sokongan moral dan diplomatik kepada penduduk Kashmir dalam perjuangan mereka untuk menentukan nasib sendiri. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA