10 cedera pertempuran dengan pengganas

10 cedera pertempuran dengan pengganas

MANILA, 28 Ogos – Sepuluh tentera mengalami kecederaan hari ini dalam pertempuran dengan kumpulan militan Islam di selatan Filipina, komander tentera serantau berkata.

Pertempuran itu meletus apabila tentera kerajaan menjalankan operasi tentera bertembung dengan kira-kira 300 pemberontak Abu Sayyaf di bandar Patikul di Pulau Jolo, 1,000 kilometer selatan Manila, Kolonel Allan Arrojado berkata.

Dia berkata kesepuluh tentera yang cedera itu telah dipindahkan ke tempat selamat dan sedang dirawat di hospital di bandar Jolo.

“Kami telah menghantar lebih banyak tentera di kawasan itu untuk membuat operasi memburu,” katanya.

Awal minggu ini, pihak tentera menyerang kem Abu Sayyaf di kawasan lain di Patikul dan membunuh dua orang militan.

Minggu lepas, serangan tentera berdekatan bandar Indanan membunuh sekurang-kurangnya 15 gerila, kata Arrojado.

Abu Sayyaf merupakan kumpulan terkecil namun paling bahaya di selatan Filipina, bertanggungjawab ke atas beberapa serangan maut pengganas di negara itu dan beberapa lagi penculikan berprofil tinggi untuk mendapatkan wang tebusan. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA