10 cedera tembakan semasa Hari Kemerdekaan

10 cedera tembakan semasa Hari Kemerdekaan

SRINAGAR, India, 15 Ogos – Lelaki-lelaki bersenjata menembak dan mencederakan 10 orang anggota polis separa tentera hari ini yang cuba mengenakan perintah berkurung di bandar utama, Kashmir, ketika Hari Kemerdekaan India, menurut sumber keselamatan.

Tiga daripada mereka yang tercedera dalam keadaan parah, menurut seorang jurucakap Pasukan Polis Pusat Simpanan (CRPF), selepas dua serangan berasingan di tengah Srinagar yang mana di situ pasukan keselamatan dalam langkah berjaga-jaga. Pihak berkuasa telah mengenakan perintah berkurung di beberapa kawasan besar Kashmir, satu-satunya negeri India yang majoriti penduduknya beragama Islam, sejak 9 Julai ketika meningkatnya keganasan yang dicetuskan oleh pembunuhan seorang pemerintah militan tertinggi.

Jurucakap CRFP Bhuvesh Chaudhary berkata tujuh anggota separa tentera tercedera dalam serangan pertama di kawasan Nowhatta dan tiga lagi cedera sejurus selepas itu dalam satu lagi penembakan berhampiran.

Seorang lagi pegawai keselamatan, yang merahsiakan identitinya berkata tembakan sekejap-sekejap masih kedengaran di kawasan itu dan tidak jelas berapa ramai yang terlibat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA