10 dilaporkan terbunuh dalam kebakaran hotel

10 dilaporkan terbunuh dalam kebakaran hotel

NEW DELHI, 19 Jun (dpa) – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam satu kejadian kebakaran hotel di negeri utara India Uttar Pradesh pada pagi hari ini, menurut laporan berita.

Punca kebakaran adalah disebabkan oleh litar pintas elektrik, merebak dengan cepat melalui tempat hotel tersebut di pekan Pratapgarh kira-kira 4:00 pagi waktu setempat, menurut laporan Hindustan Times.

Kira-kira 20 penginap hotel mengalami luka terbakar dan beberapa yang lainnya tercedera apabila cuba melarikan diri dari kebakaran hotel, menurut laporan itu lagi yang memetik penjelasan pegawai kerajaan.

ARTIKEL YANG SAMA