10 kanak-kanak ditikam di sekolah

10 kanak-kanak ditikam di sekolah

BEIJING, 29 Feb (Reuters) – Seorang penyerang bersenjatakan pisau menikam sepuluh kanak-kanak sekolah di selatan China kelmarin, manakala dua cedera teruk, sebelum penyerang membunuh diri, laporan media, iaitu siri terbaru dalam serangan sekolah di negara itu.

Penyerang menikam enam kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan di luar pintu pagar sebuah sekolah rendah di bandar Haikou, di wilayah selatan Pulau Hainan, China Central Television (CCTV) melaporkan.

Kanak-kanak itu dibawa ke hospital, dengan dua orang dirawat akibat kecederaan serius yang tidak mengancam nyawa, kata CCTV.

Polis sedang menyiasat apa yang mereka gambarkan sebagai ‘kes jenayah ganas menyebabkan tindakan melampau’, kata laporan itu secara ringkas.

Jenayah yang ganas itu jarang berlaku di China berbanding dengan kebanyakkan negara-negara lain, akan tetapi terdapatnya siri serangan menggunakan pisau dan kapak pada tahun-tahun kebelakangan ini, ramai kanak-kanak menjadi sasaran.

ARTIKEL YANG SAMA