10 kelasi AS tunggu nasib

10 kelasi AS tunggu nasib

TEHRAN, 13 Jan (AFP) – Pemerintah Angkatan Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran hari ini berkata, dia sedang ‘menunggu arahan’ tentang nasib 10 kelasi AS yang ditahan dan Tehran mahukan permohonan maaf.

Laksamana Ali Fadavi (gambar) berkata di televisyen kerajaan bahawa ‘kelakuan tidak profesional’ telah membawa kepada insiden dengan para kelasi dan dua buah bot AS berhampiran Pulau Farsi.

“Sewajarnya di perairan wilayah negara, mana-mana kapal laut seharusnya mengumumkan kehadiran mereka terlebih dahulu, terutamanya jika mereka adalah tentera,” kata Fadavi.

“Mereka tidak memperlihatkan banyak tentangan tetapi kemudian pesawat pengangkut AS selama 40 minit memperlihatkan tindakan tidak profesional dan memperlihatkan pergerakan udara dan laut yang menunjukkan mereka tidak komitmen kepada keselamatan rantau itu,” tambah Fadavi, tanpa menyatakan secara khusus.

Bagaimanapun dia membayangkan bahawa kelasi-kelasi itu mungkin kelak akan dibebaskan, dengan mengesahkan bahawa Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif terlibat dalam rundingan untuk melihatkan mereka dibebaskan.

pg14_160114_c

“Proses itu akan pasti tidak mengambil masa lama, dan sebaik saja kami menerima arahan pasukan tentera laut Pengawal Revolusi akan bertindak sewajarnya,” kata Fadavi.

“Zarif mempunyai pendirian keras dan telah memberitahu John Kerry bahawa ini adalah perairan wilayah kami dan kamu seharusnya memohon maaf,” katanya dengan merujuk kepada Setiausaha Negara AS. – AFP

Dalam kenyataan awal hari ini, pasukan Pengawal Revolusi berkata mereka telah menahan kelasi-kelasi dan kapal peronda mereka.

“Pada pukul 4:30 petang semalam, dua buah kapal gempur Amerika yang membawa 10 marin bersenjata yang telah memasuki wilayah Iran telah ditahan oleh unit-unit gempur pasukan tentera Pengawal Revolusi dan bergerak ke Pulau Farsi,” menurut kenyataan rasmi.

“Para penumpang bot Amerika itu, termasuklah sembilan orang lelaki dan seorang wanita di layan dengan kebiasaan perlakuan keislaman tentera-tentera pasukan tentera laut Pasukan Pengawal Revolusi dan mereka dalam keadaan sihat,” tambahnya.

ARTIKEL YANG SAMA