10 keluarga terselamat dari kebakaran

10 keluarga terselamat dari kebakaran

Oleh Arissa

 

LIMBANG, 27 Sept – Sebuah keluarga terselamat daripada kebakaran selepas keluar bekerja awal pagi semalam, dalam kejadian yang berlaku di Kampung Merambut dekat sini.

Ketua Bomba Zon Limbang Edmund Dmahai Amboh berkata ketika kejadian mangsa Ahad Tamit bersama sembilan ahli keluarga lain tiada di rumah kerana bekerja. Beliau berkata kebakaran yang berlaku jam 8 pagi itu memusnahkan rumah bantuan di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) milik mereka.

Jelasnya anggotanya terpaksa bergegas ke lokasi kejadian yang hanya boleh dihubungi melalui sungai menggunakan bot aluminium bomba ke lokasi yang jauhnya sekitar 20 kilometer.

TINGGAL TUNGGUL..Rumah milik Ahad yang rentung dijilat api.
TINGGAL TUNGGUL..Rumah milik Ahad yang rentung dijilat api.

Katanya seramai enam anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua Zakaria Matnor   bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 9:05 pagi semalam.”

Katanya api berjaya dipadamkan sebaik anggotanya tiba dilokasi sekitar jam 10 pagi. “Tiada kecederaan dilaporkan, kerana ketika kejadian sepuluh keluarga yang mendiami rumah terbabit keluar bekerja,”katanya lagi.

Katanya jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.