10 kementerian sertai Petanque PSKK

10 kementerian sertai Petanque PSKK

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Sebanyak 10 kementerian telah mengesahkan penyertaan dalam Pertandingan Petanque Pesta Sukan Kementerian–kementerian (PSKK) 2015 yang akan berlangsung dari 4 hingga 7 Mei 2015.

Semua kementerian lain, kecuali Kementerian Kewangan serta Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, akan bertanding dalam lima kategori yang dibahagikan kepada 12 perlawanan yang akan berlangsung dari jam 8.45 pagi hingga 12.15 tengah hari, 2:00 petang hingga 6.15 petang dan 7:00 malam hingga 10 malam.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung Persekutuan Petanque Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Haji Rosmin bin Haji Mohd Hassan pada Mesyuarat Pengurus Pasukan Petanque Kementerian yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden persatuan, Haji Abdul Karim bin Haji Ahmad di Bilik Juri Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas hari ini.

Menurut Haji Rosmin, 12 acara yang akan dipertandingkan itu ialah Lelaki Single VIP, Lelaki Double VIP dan Divisyen II, Lelaki Single Divisyen II, Perempuan Single Divisyen II, Lelaki Single Divisyen III ke bawah, Perempuan Single Divisyen III ke bawah, Lelaki Double Divisyen II dan Divisyen III ke bawah.

Haji Rosmin (tiga kanan) memberikan taklimat mengenai peraturan pertandingan petanque.
Haji Rosmin (tiga kanan) memberikan taklimat mengenai peraturan pertandingan petanque.

Turut dipertandingkan ialah acara Perempuan Double Divisyen II dan Divisyen III ke bawah, Lelaki Triple Divisyen II dan Divisyen III ke bawah, Perempuan Triple Divisyen II dan Divisyen III ke bawah, Shooting Lelaki Divisyen  II ke atas atau Divisyen III ke bawah dan Shooting Perempuan Divisyen II ke atas atau Divisyen III ke Bawah.

Bercakap di hadapan pengurus pasukan, beliau berkata pertandingan kali ini merupakan kali keempat Persekutuan Petanque Kebangsaan Negara Brunei Darussalam diberikan mandat untuk mengendalikannya.

Dalam PSKK terdahulu, beliau menjelaskan, Kementerian Kesihatan telah menjuarai petanque pada 2012, Kementerian Pendidikan juara 2013 dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan juara 2014.

Pengurus juga diberikan taklimat peraturan dan disiplin serta jadual perlawanan yang telah ditetapkan sepanjang pertandingan di Gelanggang Petanque Kompleks Sukan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

ARTIKEL YANG SAMA