10 konco IS rancang serang kepentingan Rusia – RFSS

10 konco IS rancang serang kepentingan Rusia – RFSS

BANGKOK, 4 Dis (Reuters) – Sepuluh warga Syria “yang ada kaitan dengan” kumpulan Negara Islam (IS) memasuki Thailand pada Oktober untuk menyerang kepentingan Rusia, menurut polis Thai dalam satu dokumen yang bocor dengan memetik maklumat daripada Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (RFSS).

Dalam dokumen itu, pihak berkuasa Rusia menggesa keselamatan dipertingkatkan di sekitar “kawasan sasaran yang dikhuatiri oleh pihak berkuasa Rusia” termasuk tempat yang dikaitkan dengan sekutu yang telah mengambil bahagian dalam serangan ke atas IS di Syria.

Rusia memulakan serangan udara di Syria pada 30 September dan telah mempertingkat serangan dalam beberapa minggu ini. Satu anggota gabungan IS mendakwa bertanggungjawab menembak jatuh sebuah pesawat udara Rusia di Mesir pada Oktober, mengorbankan kesemua 224 penumpang.

Seorang anggota pengawal keselamatan memeriksa sebuah kereta yang masuk ke bahagian dalam bangunan Kedutaan Rusia di Bangkok, Thailand, pada 4 Disember 2015. – Reuters
Seorang anggota pengawal keselamatan memeriksa sebuah kereta yang masuk ke bahagian dalam bangunan Kedutaan Rusia di Bangkok, Thailand, pada 4 Disember 2015. – Reuters

Cawangan Khas Thailand, yang mengendalikan isu keselamatan negara, mengedar dokumen berkenaan kepada unit polis lain, beritahu dua pegawai kanan polis kepada Reuters.

Ditandai “Penting” dan bertarikh 27 November, polis Cawangan Khas berkata risikan daripada Rusia mengingatkan 10 warga Syria memasuki Thailand di antara 15 Oktober dan 31 Oktober. Dokumen itu sedang diedarkan di media sosial semalam.

ARTIKEL YANG SAMA