10 korban letupan di Istanbul

10 korban letupan di Istanbul

ISTANBUL, 12 Jan (AFP) – Sekurang-kurangnya 10 terkorban manakala 15 lagi dilaporkan cedera selepas satu letupan menggegar di tengah Istanbul, hari ini.

Kebanyakan 10 mangsa yang terbunuh akibat serangan pengebom berani mati di Istanbul hari ini terdiri daripada warga asing, kata Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus.

“Kebanyakan yang terbunuh adalah warga asing,” kata Kurtulmus dengan menambah dua daripada 15 mangsa yang cedera kini dilaporkan parah.

Beliau berkata, pengebom nekad terbabit juga sudah dikenal pasti iaitu warga Syria yang lahir pada 1988.

Ia berlaku di sebuah daerah kesultanan bersejarah, Sultanahmet yang juga satu kawasan tarikan pelancongan paling popular di Turki.

Pasukan penyelamat berkumpul di tempat kejadian selepas letupan di pusat bandar Istanbul. – Reuters
Pasukan penyelamat berkumpul di tempat kejadian selepas letupan di pusat bandar Istanbul. – Reuters