10 lagi pemenang Pepsi Bonanza

10 lagi pemenang Pepsi Bonanza

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Sepuluh pemenang bulan kedua cabutan bertuah Pepsi Bonaza telah dipilih hari ini di Ibu Pejabat Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd dan bakal diumumkan pada 13 Mei ini, jam 3 petang di Jaya Hypermart, Gadong.

​​​Individu bertuah berkenaan perlu hadir di Jaya Hypermart untuk mengetahui hadiah-hadiah menarik yang akan menjadi milik mereka antaranya seperti iPad Mini 4 (16GB), komputer riba Acer Aspire dan TV LED Aifa 49 inci dan tujuh lagi hadiah sagu hati.

​Untuk menyertai Cabutan Bertuah Pepsi Bonanza 2016 yang diadakan sejak 15 Mac lalu dan berakhir 31 Mei ini memerlukan peserta untuk membeli 1.5L botol (Pepsi, Pepsi Twist, 7up, 7up Revive, Mirinda Orange, Mirinda Strawberry, Mirinda Green Apple atau Mirinda Green Fruit), bagi mendapatkan dua label minuman berkenaan.

Label tersebut perlu disertakan bersama borang penyertaan atau kunjungi mana-mana restoran makanan segera atau cawangan panggung wayang dan membeli hidangan terpilih atau kombo untuk melayakkan anda menyertai cabutan bertuah ini.

Antara ahli media yang membuat Cabutan Bertuah Pepsi Bonanza 2016 di Ibu Pejabat Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd.
Antara ahli media yang membuat Cabutan Bertuah Pepsi Bonanza 2016 di Ibu Pejabat Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd.

​Pelbagai hadiah menarik terdiri daripada gajet bernilai $40,000 telahpun disediakan oleh pihak penganjur, bagaimanapun pemenang hadiah bulanan tidak layak menyertai cabutan seterusnya termasuk cabutan untuk hadiah utama nanti.

​Sehingga kini, kira-kira 10,000 penyertaan diterima dari seluruh negara sejak promosi bermula dan penyertaan pada bulan kedua ini mencatat peningkatan hampir 60 peratus sejak ia dilancarkan pada 13 April lalu.

​Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Cabutan Bertuah Pepsi Bonanza 2016, anda boleh mengikuti perkembangannya di Facebook, Pepsi Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA