10 maut, 17 cedera dalam nahas bas

10 maut, 17 cedera dalam nahas bas

MEXICO CITY, 11 Okt – Sebuah trak tangki minyak telah bertembung dengan sebuah bas pelancongan di negeri Nayarit, barat Mexico, membunuh 10 orang.

Jurucakap pasukan bomba kerajaan, Javier Banuelos berkata kelmarin, 17 yang lain juga cedera.

Gambar-gambar menunjukkan tepi trak dan bahagian tepi pemandu bas remuk teruk dan mujur trak tangki minyak tidak meletup.

Banuelos berkata kemalangan itu berlaku pada Ahad di lebuh raya antara Compostela dan Chapalilla. – AP