10 maut bot nelayan karam

10 maut bot nelayan karam

SEOUL, 6 Sept (AFP) – Sekurang-kurangnya 10 orang maut apabila sebuah bot menangkap ikan Korea Selatan yang disewa khas karam di perairan barat daya negara tersebut, menurut pengawal pantai hari ini.

Bot Dolphine seberat 9.77 tan hilang berhampiran pulau Chuja pada malam kelmarin dan bangkainya ditemui berhampiran sebuah pulau pada pagi ini, kata pengawal pantai. Tiga orang berjaya diselamatkan dan 10 mayat sudah ditemui setakat ini, katanya, sambil menambah masih belum jelas berapa ramai yang menaiki bot berkenaan.

Rekod penumpang awam menunjukkan 22 orang berada di atas bot, tetapi sekurang-kurangnya empat orang dalam senarai itu tidak menaiki bot tersebut, katanya. Salah seorang dari tiga yang terselamat juga tiada dalam senarai nama penumpang, katanya, sambil menambah usaha pencarian membabitkan berpuluh-puluh buah kapal dan penyelam sedang giat dijalankan.

Salah seorang yang terselamat berkata bot itu karam “dalam tempoh cepat” sebelum ramai penumpang dihanyutkan oleh ombak yang kuat.

Anggota Pengawal Pantai Korea Selatan mengangkat mayat penumpang bot dipanggil Dolgorae atau Dolphin yang karam di perairan pulau selatan Jeju di Heanam, pada 6 September 2015. – Reuters
Anggota Pengawal Pantai Korea Selatan mengangkat mayat penumpang bot dipanggil Dolgorae atau Dolphin yang karam di perairan pulau selatan Jeju di Heanam, pada 6 September 2015. – Reuters

“Saya sedang tidur apabila enjin bot terhenti dan kapten memberitahu kami supaya segera keluar dari bot dan air mulai memasuki bahagian dalam bot,” katanya yang berusia 38 tahun dan hanya mahu dikenali sebagai Park memberitahu agensi berita Yonhap.

Park berkata beliau dan mangsa yang terselamat lain memanjat bahagian papan bot yang terapung sehinggalah diselamatkan 10 jam kemudian.

Ramai penumpang tidak memakai jaket keselamatan ketika kemalangan berlaku, Yonhap memetik mangsa yang terselamat sebagai berkata.