10 maut dalam bas terbakar

10 maut dalam bas terbakar

SEOUL, Korea Selatan, 14 Okt – Seramai 10 orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas bas yang dinaiki mereka terbakar di atas lebuh raya di Korea Selatan, menurut laporan hari ini.

Kira-kira 21 penumpang termasuk pemandu, berada dalam bas berkenaan apabila ia merempuh pengadang jalan dan terbakar di Lebuh Raya Gyeongbu berhampiran bandar raya Ulsan malam tadi, menurut Kementerian Keselamatan Awam dalam satu kenyataan.

Menurut pihak berkuasa Ulsan, penumpang bas berkenaan adalah pesara syarikat petrokimia dan pasangan masing-masing yang baru kembali dari lawatan ke China.

Punca kebakaran masih disiasat tetapi pihak berkuasa mengesyaki ia akibat tayar pancit yang menyebabkan bas berkenaan merempuh pengadang jalan dan geseran mencetuskan api, menurut kenyataan pihak berkuasa Ulsan.

Menurut kenyataan itu juga mengatakan bahawa mangsa yang cedera dirawat kerana terhidu asap dan kesan melecur. – AP

ARTIKEL YANG SAMA