10 maut dalam letupan tanker gas

10 maut dalam letupan tanker gas

ISLAMABAD, Pakistan, 10 Feb – Sekurang-kurangnya 10 orang termasuk empat kanak-kanak terbunuh dan 20 yang lain cedera apabila sebuah jentera tangki cecair gas petroleum meletup selepas bertembung dengan sebuah kereta di daerah Sheikhupura, timur Pakistan, pada pagi Rabu, lapor media tempatan.

Express News melaporkan bahawa api meletus di jentera tangki itu, akibat perlanggaran, yang menyelubungi dua kereta dan sebuah beca yang membawa anak-anak sekolah, yang melalui di lebuh raya tersebut.

Kemalangan itu berlaku pada masa kira-kira 09:20 pagi waktutempatan di kawasan Mianwali, daerah Sheikhupura yang terletak di wilayah timur Punjab.

Pasukan penyelamat berada di temapt kejadian dan memindahkan mangsa yang cedera ke hospital dan juga mengeluarkan mangsa dari kenderaan mereka.

Ahli bomba juga dipanggil untuk memadamkan api yang besar akibat daripada letupan itu.

Mereka yang cedera termasuk wanita dan kanak-kanak sekolah telah dibawa ke hospital ibu pejabat daerah di mana beberapa daripada mereka dikatakan berada dalam keadaan kritikal. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA