10 maut, lima hilang nahas bot Indonesia

10 maut, lima hilang nahas bot Indonesia

JAKARTA, 21 Ogos – Sepuluh orang mati hari ini apabila sebuah bot karam dalam laut bergelora di pesisir barat Indonesia, menurut pegawai tentera, dengan satu pencarian masih dijalankan bagi lima orang lagi.

Bot kecil membawa 17 penumpang dalam perjalanan dari bandar pelabuhan Tanjung Pinang di Pulau Riau, wilayah Sumatera apabila ia karam dalam keadaan cuaca buruk, jurucakap tentera laut Edi Sucipto memberitahu AFP.

“Dua belas orang sudah pun ditemui, namun 10 meninggal dunia,” katanya, menambah bahawa dua yang cedera dalam keadaan kritikal.

Sebuah bot laju tentera laut masih lagi mencari lima yang masih hilang, tambah Sucipto.

Bot malang itu hanyalah sebuah bot kecil yang dilengkapi dengan sebuah motor sangkut, katanya. Perjalanan sepatutnya memakan masa sekitar satu jam.

Gugusan kepulauan Indonesia merangkumi lebih daripada 17,000 pulau yang sangat bergantung kepada pengangkutan bot, namun kemalangan maut sesuatu yang lazim berlaku.

Lebih daripada 60 orang mati dalam Disember apabila ombak besar mengaramkan sebuah feri yang melalui wilayah Sulawesi. – AFP