10 maut serangan berani mati di Kabul

10 maut serangan berani mati di Kabul

KABUL, 25 Mei – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera selepas seorang pengebom berani mati menyerang sebuah bas yang membawa pekerja mahkamah tempatan di ibu negara Afghan Kabul hari ini, kata polis.

“Serangan berlaku pada kira-kira pukul 8:30 pagi waktu tempatan di kawasan Bagh-e-Dawood di pinggir bandar barat Kabul, meninggalkan 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera,” beritahu pegawai polis kepada Xinhua. Bas itu sedang dalam perjalanan ke wilayah Wardak. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA