10 maut serangan di Hotel Ambassador

10 maut serangan di Hotel Ambassador

MOGADISHU, 2 Jun – Seorang komander kanan Shabaab yang disyaki menganjur serangan pada 2015 ke atas Universiti Garissa Kenya telah terbunuh serangan tentera khas di selatan Somalia, kata seorang pegawai tempatan semalam, tatkala kumpulan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda melancarkan serangan ke atas sebuah hotel Mogadishu.

Sekurang-kurangnya 10 orang, termasuk dua penggubal undang-undang, terbunuh dalam bom kereta dan serangan tembakan di Hotel Ambassador, menurut sumber perubatan dan keselamatan, sementara berpuluh yang lain cedera.

Pertempuran di antara anggota keselamatan Somalia dan kumpulan Islam Shabaab di hotel berlarutan sehingga malam, kira-kira lima jam selepas serangan bermula.

Seorang penduduk berdiri di tempat kejadian serangan keganasan di luar Hotel Ambassador di Mogadishu semalam. Satu serangan pada hotel Mogadishu oleh lelaki bersenjata jihad telah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 nyawa. – AFP
Seorang penduduk berdiri di tempat kejadian serangan keganasan di luar Hotel Ambassador di Mogadishu semalam. Satu serangan pada hotel Mogadishu oleh lelaki bersenjata jihad telah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 nyawa. – AFP

Sementara itu, di bandar pantai Somalia Kismayo, seorang pegawai keselamatan tempatan berkata perancang pertempuran di Garissa telah terbunuh dalam satu serangan di barat daya Somalia pada malam dari Selasa hingga Rabu.

“Enam belas lelaki bersenjata, empat di antara mereka komander senior termasuk Mohamed Mohamud Ali yang dikenali sebagai Dulyadin, terbunuh oleh komando Somalia dan anggota khas Jubaland,” kata Abdirashid Janan, menteri keselamatan negeri negeri Jubaland, rantau autonomi di selatan Somalia.

Pegawai tempatan menunjuk-nunjukkan mayat empat komander di jalan raya Kismayo.

Serangan pada 2 April 2015 di Kolej UNiversiti Garissa, 365 kilometer dari timur laut ibu negara Kenya Nairobi, meninggalkan 148 orang terbunuh, 142 di antara mereka pelajar.

Mereka dibunuh dalam asrama atau dikepung dan dibunuh di dewan.

Operasi itu dijalankan oleh empat lelaki bersenjata dari Shabaab, cawangan Qaeda di Afrika Timur. – AFP