10 pasukan lagi mara Futsal Hyundai Euro

10 pasukan lagi mara Futsal Hyundai Euro

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Sepuluh buah pasukan bagi melengkapkan kuota dua puluh pasukan mara ke pusingan kedua Kejohanan Futsal Hyundai EURO 2016 selepas berakhirnya peringkat kumpulan bagi Kumpulan F, G, H, I dan J.

Pasukan yang layak itu ialah FMN Satria FT, Kota Junior, BMB, TBB, Giovanni, Creativol, First Five, IKLAM FT, Cleas FT dan Sprilintel.Pada aksi pusingan kedua esok, Rabu, 1 Jun 2016, FMN Satria FT akan berentap dengan Jelous FT, Kota Junior lawan Sham United, BMB menentang TBB, Giovanni bertemu dengan Planduk FT dan Red Butterfly lawan Eagle Blues.

Pada pusingan berikutnya, Politeknik berlawan dengan pemenang antara FMN Satria FT dan Jelous FT, pemenang Kota Junior lawan Sham United menentang Creativol, First Five lawan IKLAM FT, MSSSBD bertemu GG FT, Cleas FT lawan pemenang BMB dan TBB, pemenang Giovanni lawan Planduk FT menentang Syahkampong Muda dan Brunei 88 lawa Sprilintel.

Kejohanan akan menutup tirainya pada Sabtu, 4 Jun dengan perlawanan-perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.

Giovanni merupakan salah satu daripada sepuluh pasukan yang baru mara ke pusingan kedua Kejohanan Futsal Hyundai EURO 2016 selepas menjuarai Kumpulan J.
Giovanni merupakan salah satu daripada sepuluh pasukan yang baru mara ke pusingan kedua Kejohanan Futsal Hyundai EURO 2016 selepas menjuarai Kumpulan J.

ARTIKEL YANG SAMA