10 pasukan rebut gelaran veteran BBA

10 pasukan rebut gelaran veteran BBA

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Sebanyak 10 pasukan veteran memulakan pertarungan untuk merebut gelaran juara dan pasukan veteran terbaik apabila Piala Veteran Concepts membuka tirai di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA), Batu Bersurat, Gadong, kelmarin. Kejohanan anjuran BBA itu dirasmikan oleh penaja kejohanan iaitu Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao. Pertandingannya pula dibahagikan kepada Kumpulan A yang di sertai oleh Pice Brunei, Hankook, Hot Shots, Home Kitchen & Cafe dan Hawks manakala Kumpulan B pula disertai oleh Sharks, Concepts, Lizard, GHK dan MBA Executives. Dalam perlawanan awal Kumpulan A kelmarin, Pasukan Hawks menang tipis 85-80 ke atas Pasukan Hot Shots, manakala dalam perlawanan pertama Kumpulan B pula, Pasukan Concepts menang mudah 84-68 ke atas Pasukan MBA Executives.

Kejohanan kira-kira sebulan itu yang bermula 20 Jun dan berakhir pada 16 Julai nanti dihasratkan bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara para pemain tetapi juga diharap dapat menggalakkan pemain untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui sukan.

Vincent Pao melontar bola menandakan bermulanya kejohanan.
Vincent Pao melontar bola menandakan bermulanya kejohanan.