10 pekerja maut dalam kebakaran

10 pekerja maut dalam kebakaran

NEW DELHI, 1 Jan (AFP) – Seramai 10 pekerja daripada sebuah syarikat pembinaan telah terbunuh dalam kebakaran di negeri Jammu dan Kashmir utara India, hari ini, menurut laporan berita.

Kebakaran itu meletus di sebuah kem pekerja berhampiran lebuh raya di daerah Ramban awal hari ini apabila semua mangsa sedang nyenyak tidur.

Para pekerja kelihatannya meninggal dunia akibat lemas dan kebakaran, lapor Indian Express.

Empat lagi pekerja dimasukkan ke hospital dengan mengalami kebakaran teruk.

Polis tempatan mengatakan walaupun punca kebakaran belum lagi dapat dipastikan ia mensyaki bahawa litar pintas elektrik menjadi punca kemalangan itu.

ARTIKEL YANG SAMA