10 pekerja maut dinding runtuh

10 pekerja maut dinding runtuh

BEIJING, 10 Mei (dpa) – Keruntuhan dinding mengorbankan 10 dan mencederakan tiga orang pekerja di tapak pembinaan di timur China, media kerajaan melaporkan hari ini.

Enam orang mati di tempat kejadian, manakala empat yang lain di hospital kemudiannya, menurut laman web mukim Lanling.

Pekerja cedera kini dalam keadaan stabil, lapor agensi berita Xinhua.

Undang-undang Keselamatan Tempat Kerja baru China berkuat kuasa mula 1 Disember, ketika negara itu bergelut dengan kurangnya penguatkuasaan keselamatan dan sering mengalami kemalangan lombong membawa maut.

ARTIKEL YANG SAMA