10 pelajar mangsa kebakaran terima sumbangan

10 pelajar mangsa kebakaran terima sumbangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Nov – Seramai 10 orang pelajar dari Sekolah Rendah Datu Ahmad dan Sekolah Menengah Awang Semaun yang merupakan mangsa kebakaran di Kampung Burung Pingai Ayer dan di Kampung Lurong Dalampada 27 September dan 5 Oktober lepas, hari ini menerima sumbangan derma daripada pihak Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan.

Sumbangan disampaikan oleh Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Korporat), Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Haji Mohd Sharifuddin bin Haji Mohd Salleh dalam satu majlis yang berlangsung di Sekolah Rendah Sungai Kebun, Kluster 2.

Pelajar-pelajar tersebut dari dua buah keluarga, masing-masing menerima sumbangan derma dalam bentuk wang tunai berjumlah $410 setiap seorang. Sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan derma daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Sekolah-sekolah dan juga dari sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab dan Pusat Tingkatan Enam dalam Kluster 2.