10 pelajar Taiwan tamat kursus latihan akuakultur

10 pelajar Taiwan tamat kursus latihan akuakultur

SEPULUH orang pelajar dari Universiti Kebangsaan Sains dan Teknologi Pingtung Taiwan (NPUST) dan Universiti Kebangsaan Taiwan Ocean (NTOU) telah berjaya menamatkan kursus latihan selama lapan minggu di Golden Corporation Sdn Bhd.

Pelajar-pelajar tersebut telah berjaya memperolehi diploma kebangsaan dalam bidang tersebut setelah pelbagai program latihan selama 60 hari.

Golden Corporation Sdn Bhd telah menganjurkan program-program latihan tersebut dengan kerjasama NPUST dan NTOU bagi membantu para pelajar mendapatkan pembelajaran holistik dalam industri akuakultur.

Pelajar-pelajar NPUST dan NTOU bergambar ramai dengan Pengarah Urusan Golden Corporation Sdn Bhd., Richard Chuang Hsi Shan.
Pelajar-pelajar NPUST dan NTOU bergambar ramai dengan Pengarah Urusan Golden Corporation Sdn Bhd., Richard Chuang Hsi Shan.

Pelbagai aktitiviti industri akuakultur yang merangkumi pembiakan, daftar kualiti dan pemprosesan makanan laut telah mereka ikuti yang diadakan di kilang Golden Corporation Sdn Bhd, Daerah Tutong.

Di akhir kursus latihan, Pengarah Urusan Golden Corporation Sdn Bhd., Richard Chuang Hsi Shan telah menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar-pelajar tersebut.

Golden Corporation Sdn Bhd. mula beroperasi sejak Jun 2012 dan cukup berbangga kerana menjadi salah satu pengeluar produk makanan laut utama di Negara Brunei Darussalam.