10 pelajar Taiwan tamat latihan

10 pelajar Taiwan tamat latihan

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Sept – Sepuluh penuntut Universiti Kebangsaan Sains dan Teknologi Pingtung (NPUST) Taiwan baru-baru ini menjalankan kursus di Golden Corporation Sdn Bhd di sini.

Mereka meluangkan masa 60 hari dalam latihan menumpukan mengenai bidang akuakultur terutamanya ikan dan udang di beberapa bahagian dalam syarikat tersebut di premisnya di Serambangun, di Tutong. Sepanjang kursus, pelajar didedahkan dengan cara pemprosesan ikan dan surimi seperti memproses semula ikan yang tidak dapat dipasarkan kepada pengguna dan diubah menjadi makanan ikan dan akuatik lain.

Manakala dalam pemprosesan surimi pula, mereka diajar membuang protein larut, lipid, pigmen dan sebatian berbau daripada ikan segar dan langkah-langkah pemprosesan, pencucian dan kitaran bilas. Kursus diketuai oleh Penolong Profesor Jabatan Akuakultur NPUST, Dr Yu-Hung Lin.

Di akhir kursus, majlis penyampaian sijil penghargaan disampaikan oleh Pengarah Urusan Golden Corporation Sdn Bhd, Richard Chuang Hsi Shan.

Gambar ramai pelajar Taiwan bersama sijil yang diperolehi.
Gambar ramai pelajar Taiwan bersama sijil yang diperolehi.

ARTIKEL YANG SAMA