Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    10 pelanggan Baiduri terima ganjaran

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Seramai 10 orang pemegang kad Bank Baiduri yang bertuah telah membawa pulang baucar membeli-belah bernilai $200 sebagai sebahagian daripada promosi Shop and Drive pada majlis penyampaian di Hua Ho Kiulap, hari ini.

    Pemenang pusingan pertama bagi cabutan bulanan dalam promosi selama empat bulan itu terdiri daripada Hajah Normuizzah binti Haji Samat, Karl Derek Swindells, Dayang Noramaliah binti Yahya, Loo Kuan Lein, Lee Boon Thian, Dayangku Husnul Khatimah binti Pengiran Ramlee, Lim Ann Seng, Dayang Ruran binti Tuah, Edgar Leong dan Awang Muhammad Naqiuddin bin Mohammad Denny.

    Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua Perniagaan Kad Bank Baiduri, Davern Lim dan Pengurus, Gedung Serbaneka Hua Ho, Lau Soon Lin.

    Pada majlis berkenaan, Davern Lim berkata, mereka sangat teruja kerana dapat memberi ganjaran kepada pelanggan dalam promosi Shop and Drive.

    “Baucar membeli-belah ini pastinya berguna kerana persiapan untuk bulan puasa dan sambutan hari raya akan datang,” ujarnya.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Baiduri, pelanggan yang membelanjakan pada jumlah minimum menggunakan kad kredit atau debit Baiduri dalam satu resit berpeluang mengikuti cabutan bertuah berkenaan untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta MG ZS MCE 1.5L Deluxe SUV.

    Hadiah kedua berupa baucar membeli-belah $2,000 dan hadiah ketiga baucar membeli-belah $1,000.

    Sementara itu, hadiah sagu hati termasuk baucar membeli-belah $500 setiap satu untuk dua pemenang dan hadiah bulanan berupa baucar membeli-belah $200 setiap satu untuk 10 pemenang.

    Promosi berkenaan akan berlangsung sehingga Mei depan dan hanya terpakai di Pusat Membeli-belah Hua Ho yang mengambil bahagian iaitu cawangan Kiulap, Onecity Shopping Centre, Gadong 2, Tutong, Delima, Salar, Bebatik Kilanas, Mulaut dan Minimart.

    Gambar ramai para pemenang cabutan bertuah promosi Shop and Drive Bank Baiduri pada majlis penyampaian hadiah di Hua Ho Kiulap, kelmarin. – Gambar serahan Bank Baiduri

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...