10 pelanggan bertuah BIBD terima hadiah

10 pelanggan bertuah BIBD terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Dis – Sepuluh pemenang bulanan terakhir bagi Kempen Barakah 6 Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah menerima hadiah masing-masing, hari ini.

Penyampaian hadiah berupa peralatan elektronik termasuk satu unit TV LED Samsung 55 inci, sebuah peti sejuk Samsung, dua buah mesin basuh Samsung, dua penggoreng tanpa minyak Philips dan empat seterika wap Philips, telah disampaikan oleh Ketua Cawangan BIBD, Pengiran Suhardy bin Pengiran Haji Nordin.

Menurut kenyataan BIBD, Kempen Barakah 6 yang dibukakan kepada pelanggan baru dan sedia ada BIBD, telah berakhir pada 30 November 2015.

Kempen ini memberi peluang kepada pelanggan BIBD untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Honda Odyssey serta pelbagai hadiah lain termasuk Apple iPhone dan iPad, di samping hadiah bulanan berupa peralatan elektronik.

Sepuluh pemenang Kempen Barakah 6 BIBD bersama hadiah masing-masing.
Sepuluh pemenang Kempen Barakah 6 BIBD bersama hadiah masing-masing.

Pendaftaran adalah secara automatik dengan hanya mendaftar bagi mana-mana produk pembiayaan BIBD atau menetapkan gaji ke BIBD.

Dengan berakhirnya cabutan bulanan Barakah 6, cabutan utama bagi kempen ini akan diadakan tidak lama lagi.

Bagi maklumat lanjut mengenai produk-produk, perkhidmatan dan promosi BIBD, orang ramai boleh mengikuti akaun Instagram @BIBDBRUNEI dan Facebook BIBD www.facebook.com/bibdbrunei atau menghubungi Pusat Panggilan BIBD di talian 2238181 atau berkunjung ke mana-mana cawangan terdekat BIBD. Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi BIBD Mobile bagi mendapatkan tawaran dan promosi terkini di bawah ciri-ciri ‘What’s New’.

ARTIKEL YANG SAMA