10 pelanggan bertuah KIA dipilih

10 pelanggan bertuah KIA dipilih

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Seramai 10 orang daripada lebih 500 pelanggan yang membeli kereta KIA di antara 1 Mei hingga 31 Julai lalu, telah terpilih untuk mengikuti cabutan bertuah utama pada 14 Ogos ini bagi peluang memenangi salah satu daripada tiga hadiah utama berupa kereta KIA Caren 2.0L LX GSL, KIA Cerato 1.6L atau KIA F/L Rio 1.4L.

Cabutan awal bagi memilih 10 pelanggan bertuah dalam promosi KIA sempena Hari Raya Aidilfitri itu, telah diadakan hari ini di Bilik Pameran KIA, Beribi, dan cabutan dibuat oleh wakil-wakil dari Bank Baiduri dan BIBD At-Tamwil.

Dalam cabutan itu nanti, pemenang pertama akan memandu pulang kereta KIA Caren, tempat kedua KIA Cerato dan KIA F/L Rio bagi pemenang ketiga.

Sementara itu, Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan jenama KIA di negara ini, turut menyediakan sebuah kereta KIA Picanto 1.0L EX transmisi manual bagi pemenang keempat, manakala itu, lima pemenang lain tidak akan pulang dengan tangan kosong, yang mana mereka akan menerima hadiah wang tunai.

Selain itu, 10 orang pelanggan lain juga dipilih bagi menyertai cabutan akhir promosi Cerato yang disertai oleh kira-kira 200 pelanggan di mana mereka berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik lain.

Awang Irwan membuat cabutan bagi memilih pelanggan bertuah yang akan menyertai cabutan akhir promosi KIA sempena Hari Raya Aidilfitri.
Awang Irwan membuat cabutan bagi memilih pelanggan bertuah yang akan menyertai cabutan akhir promosi KIA sempena Hari Raya Aidilfitri.
Gambar ramai para perwakilan perbankan dan kakitangan KIA, Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad.
Gambar ramai para perwakilan perbankan dan kakitangan KIA, Syarikat Grand Motors Sendirian Berhad.

Promosi bersempena Sambutan Hari Kemenangan Ini adalah cara syarikat tersebut untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan tetap KIA di atas sokongan mereka yang berterusan.

Hadir pada cabutan berkenaan ialah Pengarah Eksekutif Grand Motors Sdn Bhd, Haji Shaiful Rizal bin Pehin Dato Dr Haji Ahmad, Pengurus Jualan KIA, Jacquelin Koh, Pengurus Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Muhammad Ali bin BM Haji Metusin, Pengarah Urusan BIBD At-Tamwil Berhad, Awang Irwan bin Lamit, Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awam, Awang Mohd Firdaus bin Haji Mokim dan Penolong Pengurus Pemasaran BIBD At-Tamwil, Awang Asharul bin Norshari Kamaluddin.

Turut hadir selaku saksi cabutan undian tersebut ialah pegawai dan kakitangan KIA, Grand Motors Sdn Bhd.

Para pelanggan bertuah berkenaan akan dihubungi oleh pihak Grand Motors, dan diminta untuk membawa kad pintar (I.C.) semasa cabutan itu. Jika ada pelanggan yang tidak dapat menghadiri acara tersebut, surat wakil dan salinan kad pintar harus dibawa oleh wakil yang hadir.

ARTIKEL YANG SAMA