10 pelanggan bertuah Netcom terima hadiah menarik

10 pelanggan bertuah Netcom terima hadiah menarik

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Sepuluh orang pelanggan bertuah Netcom, hari ini, membawa pulang hadiah-hadiah lumayan apabila terpilih sebagai pemenang dalam promosi Cabutan Bertuah Netcom Computer House Hari Raya Aidilfitri, yang telah berlangsung dari 26 Mei hingga 3 Julai lalu.

Pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di cawangan Netcom Kiulap, hari ini, Dayang Assylla binti Yahya memenangi hadiah utama berupa TV LED 50”.

Manakala itu, pemenang kedua Rosman bin Momil membawa pulang mesin basuh jenama Samsung dan Jerald Tan Chin Phang memenang peti ais jenama Sharp sebagai pemenang tempat ketiga.

Hadiah tempat keempat berupa ketuhar gelombang mikro jenama Sharp dimenangi oleh Liaw Khang Wei dan hadiah kelima berupa hampa gas Philips menjadi milik Dr Mohd Iqbal Hussain.

Sementara itu, lima pemenang lainnya memenangi hadiah sagu hati berupa Panasonic Coffee Maker setiap seorang.

Para pemenang bergambar ramai bersama hadiah masing-masing.
Para pemenang bergambar ramai bersama hadiah masing-masing.
Chong King Fui menyampaikan hadiah utama TV LED 50” sempena Cabutan Bertuah Netcom Computer House Hari Raya Aidilfitri kepada Dayang Assylla.
Chong King Fui menyampaikan hadiah utama TV LED 50” sempena Cabutan Bertuah Netcom Computer House Hari Raya Aidilfitri kepada Dayang Assylla.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pengarah Teknikal Netcom, Chong King Fui dan Pengurus Produk, Haji Mohd Hassan bin Haji Mohd Gafar.

Promosi berkenaan merupakan sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan setia yang sentiasa menyokong Netcom dengan membeli produk-produk Netcom dengan menyediakan hadiah-hadiah menarik bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Promosi Netcom seterusnya akan diadakan sempena minggu jenama Dell yang akan menawarkan diskaun sehingga 50 peratus berserta hadiah-hadiah percuma, bermula 25 hingga 31 Julai ini dan hanya diadakan di Netcom cawangan Kiulap dan Kuala Belait.

ARTIKEL YANG SAMA