10 pelanggan BIBD bertuah

10 pelanggan BIBD bertuah

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Seramai 10 orang lagi pemenang bertuah dalam cabutan ketiga kempen Barakah 6 Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), membawa pulang pelbagai barangan elektronik, hari ini.

Penyampaian hadiah yang termasuk TV LED Samsung 55 inci, peti sejuk Samsung, dua mesin basuh Samsung, dua alat penggoreng tanpa minyak Philips dan empat seterika stim Philip, telah disempurnakan oleh Ketua Rangkaian Perbankan Cawangan, Pengiran Suhardy bin Pengiran Haji Nordin.

Menurut kenyataan BIBD, kempen Barakah yang telah memasuki edisi keenam, akan berlangsung sehingga 30 November 2015.

Kempen ini memberi peluang kepada para pelanggan BIBD untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Honda Odyssey di samping pelbagai hadiah sagu hati termasuk Apple iPhone dan iPad serta hadiah bulanan berupa barangan elektronik.

Pendaftaran bagi mengikuti kempen ini adalah secara automatik dan mudah dengan hanya mendaftar bagi mana-mana produk pembiayaan BIBD atau menetapkan gaji mereka ke BIBD.

Barisan para pemenang cabutan bertuah kempen Barakah 6.
Barisan para pemenang cabutan bertuah kempen Barakah 6.

Selain dari itu, BIBD kini juga sedang mengadakan kempen ‘Swipe for Reward’, yang secara automatik mendaftarkan mana-mana pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya $30 dalam satu resit menggunakan kad kredit dan debit BIBD di Sim Kim Huat Trading Co, Pertama Jaya Department Store (Cawangan Lambak & Sengkurong), First Emporium & Supermarket (Cawangan Batu Satu & Sungai Tilong) dan Giant Hypermarket.

Setiap resit akan membolehkan bagi satu cabutan dalam cabutan bertuah bulanan, dan kempen ini akan berlangsung sehingga 30 September ini.

Bagi maklumat lanjut mengenai mana-mana produk, perkhidmatan dan promosi BIBD bolehlah mengikuti akaun Instagram BIBD (BIBDBRUNEI), Facebook BIBD (www.facebook.com/bibdbrunei), atau menghubungi Pusat Panggilan BIBD di talian 2238181 atau mengunjungi mana-mana cawangan BIBD yang terdekat.

Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi BIBD Mobile untuk mendapatkan tawaran-tawaran dan promosi terkini BIBD di bawah ciri-ciri ‘What’s New’.

ARTIKEL YANG SAMA