10 pelanggan kempen Barakah 6 terima hadiah

10 pelanggan kempen Barakah 6 terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Sepuluh pelanggan bertuah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hari ini, membawa pulang barangan elektronik apabila dipilih sebagai pemenang bulanan kelima kempen Barakah 6, hari ini.

Salah seorang pemenang bertuah berkenaan memenangi satu unit TV LED 55 inci Samsung, seorang membawa pulang peti sejuk Samsung, dua menerima mesin basuh Samsung, dua menerima penggoreng tanpa minyak Philips dan empat lagi memenangi seterika stim Philips.

Menurut kenyataan BIBD, hari ini, kempen yang akan berjalan sehingga 30 November ini memberi peluang kepada pelanggannya untuk memenangi satu hadiah utama berupa sebuah kereta Honda Odyssey dan hadiah-hadiah sagu hati berupa peranti-peranti iPhone dan iPad di samping hadiah bulanan berupa barangan elektronik.

Pendaftaran bagi cabutan ini adalah secara automatik dan mudah dengan hanya mendaftar bagi mana-mana produk pembiayaan BIBD atau menetapkan gaji ke BIBD.

Seramai 10 pelanggan bertuah BIBD yang menerima hadiah mereka bagi kempen Barakah 6.
Seramai 10 pelanggan bertuah BIBD yang menerima hadiah mereka bagi kempen Barakah 6.

Pada masa yang sama, BIBD kini juga sedang menjalankan promosi ‘Swipe to Fly’ yang menawarkan hadiah-hadiah berupa pakej percutian ke Bali, Kota Kinabalu, Jakarta dan Bangkok.

Para pemegang kad BIBD yang membuat sebarang pembelian menggunakan kad debit, kredit dan platinum secara automatik menyertai promosi ini yang akan berjalan sehingga 29 Februari 2016.

Bagi maklumat lanjut mengenai mana-mana produk, perkhidmatan dan promosi BIBD, orang ramai boleh mengikuti akaun Instragram (BIBDBRUNEI) dan Facebook BIBD (www.facebook.com/bibdbrunei) atau menghubungi Pusat Panggilan BIBD di talian 2238181 atau berkunjung terus ke cawangan-cawangan berdekatan BIBD.

Orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi BIBD Mobile untuk mendapatkan tawaran-tawaran dan promosi terkini BIBD di bawah ciri-ciri ‘What’s New’.

ARTIKEL YANG SAMA