10 pelanggan terima ganjaran

10 pelanggan terima ganjaran

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Sept – Sepuluh orang pemenang cabutan bertuah pembukaan rasmi Mufaiirif Grocer Sdn Bhd diumumkan petang tadi dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Pasar Raya Grocer Sdn Bhd di Ban 3, Kampung Paya Mulaut.

Pada majlis itu, hadiah utama berupa barangan keperluan harian bernilai $999.99 menjadi milik Haji Shahri bin Haji Zainal, manakala itu, Dayang Matzanah binti Haji Baha memenangi barangan keperluan harian bernilai $699.99 di tempat kedua dan Dayang Jamaliah binti Haji Mohd Zain membawa balik barangan bernilai $399.99 selaku pemenang ketiga.

Sementara itu, hadiah keempat berupa barangan keperluan harian bernilai $199.99 dimenangi oleh Hajah Nornewati binti Haji Tamin dan Dayang Noraini binti Mohd Yaakub membawa balik barangan belanja bernilai $99.99 selaku pemenang kelima. Lima orang pemenang lainnya pula menerima hadiah berupa baucar membeli-belah di Mufaiirif Grocer Sdn Bhd bernilai $50.

Acara cabutan bertuah ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan Mufaiirif Grocer Sdn Bhd yang telah menyokong melancarkan kejayaan pembukaan rasmi pasar raya pada 24 Jun 2016 lalu.

Gambar ramai pemenang bersama warga Mufaiirif Grocer Sdn Bhd.
Gambar ramai pemenang bersama warga Mufaiirif Grocer Sdn Bhd.

Menurut Pengurus Besar Mufaiirif Grocer Sdn Bhd, Bibi Hasnan, setakat ini, pelanggan pasar raya berkenaan sejak ia dibuka rasmi menunjukkan kesetiaan dan sokongan mereka terhadap barangan yang dijual.

“Kami mempunyai pelbagai pilihan, terutama pilihan produk segar ditawarkan kepada keluarga mengikut keperluan dan ekonomi mereka, diharap mereka akan berpuas hati dan menikmati hadiah-hadiah yang telah mereka terima,” ujar beliau.

ARTIKEL YANG SAMA