10 pemenang Barakah 6

10 pemenang Barakah 6

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Ogos – Seramai 10 pemenang bertuah dalam kempen Barakah 6 Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hari ini, membawa pulang pelbagai hadiah lumayan sebagai pemenang bulanan pertama.

Hadiah-hadiah berupa peralatan elektrik seperti TV LED Samsung 55 inci, peti sejuk Samsung, dua mesin cuci Samsung, dua periuk penggoreng tanpa minyak Philips dan empat seterika stim Philips telah disampaikan oleh Ketua Pemasaran BIBD, Ben Lin.

BIBD dalam kenyataannya, hari ini, menyatakan, kempen yang telah memasuki edisi keenam ini memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi sebuah kereta Honda Odyssey dan hadiah-hadiah sagu hati berupa iPhone dan iPad Apple di samping hadiah-hadiah bulanannya.

Untuk menyertai kempen yang akan berlangsung sehingga 30 November 2015 ini, pelanggan hanya perlu mendaftar bagi mana-mana produk kewangan BIBD atau menetapkan pembayaran gaji ke BIBD.

Ben Lin bergambar ramai bersama 10 pemenang bertuah kempen Barakah 6.
Ben Lin bergambar ramai bersama 10 pemenang bertuah kempen Barakah 6.

Di samping itu, BIBD juga sedang menjalankan kempen Swipe for Reward, yang secara automatik mendaftarkan mana-mana pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya $30 dalam satu resit menggunakan kad debit dan kredit BIBD di Sim Kim Huat Trading Co, Gedung Pertama Jaya (cawangan Lambak & Sengkurong), First Emporium & Supermarket (Batu Satu & Sungai Tilong) dan Pasar Raya Giant.

Setiap resit membolehkan satu cabutan bertuah dalam cabutan bulanan, yang mana kempen ini akan mempunyai tiga lagi cabutan bulanan dan akan berjalan sehingga 30 September 2015.

Bagi maklumat lanjut mengenai mana-mana produk, perkhidmatan dan promosi BIBD, orang ramai boleh mengikuti akaun Instagram (BIBDBRUNEI), Facebook BIBD (www.facebook.com/bibdbrunei), atau hubungi Pusat Panggilan BIBD di talian 2238181 atau pergi ke mana-mana cawangan BIBD berdekatan.

Selain itu, orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi BIBD Mobile untuk mendapatkan tawaran dan promosi terkini BIBD di bawah ciri-ciri ‘What’s New’.

ARTIKEL YANG SAMA