10 pemenang bulanan Pepsi Bonanza bakal terima ganjaran

10 pemenang bulanan Pepsi Bonanza bakal terima ganjaran

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 April – Setakat ini, sebanyak 2,500 penyertaan telah diterima bagi promosi cabutan bertuah Pepsi Bonanza yang telah bermula 15 Mac lalu dengan cabutan bulanan pertama akan diadakan pada sejak 15 April ini di Pasar Raya FreshCo, Seri Kompleks.

Sehubungan itu, cabutan awal telah diadakan, hari ini, bagi memilih 10 pemenang bulanan pertama yang akan berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik seperti iPad Mini 4, komputer riba Acer Aspire dan TV LED LG 32” serta tujuh hadiah sagu hati.

Cabutan awal di Ibu Pejabat Kingston Beverage & Creamery, Beribi, berkenaan telah dibuat oleh rakan-rakan media dan disaksikan oleh pihak pengurusan syarikat tersebut.

Dua kali cabutan awal akan diadakan sebelum acara cabutan bertuah utama yang keseluruhannya menawarkan hadiah-hadiah gajet bernilai lebih kurang $40,000.

Warga media turut membuat 10 cabutan bertuah bulanan.
Warga media turut membuat 10 cabutan bertuah bulanan.

Walau bagaimanapun, pemenang bulanan tidak akan berkelayakan untuk mengikuti cabutan seterusnya dan begitu juga cabutan bertuah utama.

Untuk menyertai promosi ini yang akan berlangsung sehingga 31 Mei 2016, orang ramai hanya perlu membeli minuman botol 1.5L Pepsi, Pepsi Twist, 7up, 7up Revive, Mirinda Orange, Mirinda Strawberry, Mirinda Green Apple atau Mirinda Green Fruit, kemudian masukkan dua pelekat bersama borang penyertaan ke dalaman kotak-kotak yang disediakan di kedai-kedai dan pasar raya yang ikut serta.

Selain itu, orang ramai juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan restoran makanan segera dan panggung wayang yang mengikuti promosi ini dengan membeli set hidangan.

ARTIKEL YANG SAMA