230 kakitangan dan pelajar ‘berjaya diselamatkan’

230 kakitangan dan pelajar ‘berjaya diselamatkan’

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Seramai 230 kakitangan dan pelajar dari Kolej Antarabangsa Micronet (MIC) berjaya diselamatkan dari terperangkap dalam insiden kebakaran yang berlaku di Tingkat 2, Bangunan Kolej Antarabangsa Micronet, Jerudong, hari ini.

Operasi menyelamat tersebut diketuai oleh Pegawai Balai, Pengiran Zulaini bin Pengiran Haji Bakar bersama-sama dengan Timbalan Pegawai Balai, Awang Abd Hamid bin Haji Bakar dan Pengiran Alita bin Pengiran Haji Aji dari Jabatan Bomba dan Penyelamat cawangan Operasi ‘F’, Kampung Pangkalan Batu.

Senario tersebut merupakan latihan kebakaran yang dikendalikan oleh MIC sebagai sebahagian daripada rancangan untuk meningkatkan tahap kesedaran mengenai prosedur keselamatan kebakaran.

Kakitangan MIC berhimpun ramai selepas selesai latihan kebakaran di kolej itu.
Kakitangan MIC berhimpun ramai selepas selesai latihan kebakaran di kolej itu.

Hadir menyaksikan latihan tersebut ialah, Pengurus Besar MIC, Sharon Chin.

Latihan itu bertujuan membekalkan pengetahuan yang cukup dan pengalaman taktikal kepada para kakitangan dalam mengendalikan kecemasan yang berlaku, di samping memberikan mereka gambaran dan persiapan dalam menangani sebarang insiden kebakaran.

ARTIKEL YANG SAMA